Sabtu, 26 September 2015

Relax ~ RM Wokay..!


RM Kukuh..! Ampuh..! Teguh..! Bagi kuda belang..itu la zikir yang perlu dibaca dan dinyanyikan..!

Sedangkan semalam dilaporkan...

Ringgit melepasi paras 4.38 berbanding dolar Amerika Syarikat, dicetuskan oleh tahap mengehadkan kerugian, dalam dagangan rendah di pasaran hari ini.
Peniaga menyifatkan lonjakan itu disebabkan arahan belian (melepasi paras 4.38) bagi mengimbangi kedudukan spekulatif yang dilakukan sebelum ini.
Menghampiri tengah hari, ringgit disebut harga pada 0.92 peratus lebih rendah kepada 4.3850/3920 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3480 pada 5 petang Rabu.
Ringgit mencatat tahap terendah, pada paras 4.3900 berbanding dolar, sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas, pagi ini.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
"Urus niaga hari ini dijangkakan kecil memandangkan kebanyakan pelabur  melanjutkan cuti sehingga hujung minggu," kata seorang lagi peniaga, yang menambah bahawa dari segi teknikal, ringgit seolah-olah terlebih jual.
Beliau berkata unit tempatan itu kini tertekan akibat kurangnya petunjuk domestik selain harga minyak mentah yang lemah. yang menjejaskan minat global untuk mengambil risiko.
"Jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah, penurunan nilai yuan China ekoran kebimbangan mengenai ekonomi China, juga menyumbang kepada satu lagi pusingan penyusutan nilai ringgit.
Seorang lagi peniaga mata wang berkata dolar semakin mengukuh sejak Pengerusi Fed Janet Yellen membayangkan peningkatan kadar mungkin dibuat tahun ini.
"Kita akan menyaksikan pengukuhan dolar AS sehingga Disember berdasarkan faktor Fed itu.
"Pelabur dilihat kembali semula membeli dolar," katanya. – Bernama.

Dalam mengulas isu yang sama, para penganalisis berpendapat...

Syarikat perkhidmatan kewangan Credit Suisse percaya nilai tukaran ringgit berbanding dolar AS akan menurun lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.
Dalam tempoh tiga bulan firma itu menjangkakan nilai dagangan ringgit ialah RM4.50 bagi setiap AS$1, lapor CNBC.
Sementara itu penganalisis HSBC juga dilaporkan percaya nilai ringgit belum tiba di tahap terburuknya dengan mengambil kira kejatuhan harga minyak sawit.
"Ada kemungkinan nilai ringgit berbanding dolar AS akan jatuh ke tahap paling rendah," kata penganalisis itu.
Penganalisis juga percaya perbandingan keadaan semasa dengan situasi krisis ekonomi pada 1997 adalah tidak tepat dan bersedia memberikan jangkaan lain mengenai sejauh mana ringgit akan turun.
Penganalisis Merrill Lynch, Chua Hak Bin juga tidak setuju keadaan pada 1997 dijadikan perbandingan.
"Sesetengah indikator adalah lebih tinggi berbanding keadaan pada 1997, termasuk tanggungan isi rumah serta hutang awam dan luaran," katanya.
Penganalisis dunia ni tentu tak secerdik para penjilat@pengampu..! Lagi pun ini juga merupakan satu serangan kepada pemimpin Islam dunia..! negara Islam contoh..! pemimpin wasatiyah..!
Tak gitu?
Lu FIkir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Seman Kadok (Othaman Ahmad) dah tidak berani lagii nak berbalah
    Dekat blog Parpukari sana terduduk rapat Geng Kejora kasi sekolah
    Kitorang ajar si tua bahalol tu sampai dia melutut sembah mengalah
    Dah jadi fobea orang tua ni nampak je kelibat Kejora terus dia belah

    BalasPadam
    Balasan
    1. So kau nak kitorang bangga bila Melayu menjatuhkan Melayu lain ke, camne ceritanya ni. Kau kata orang lain dok jatuhkan Melayu. Walhal puak kau tu pun sama saja. Tak payah nak ujub riyak bagai.

      Padam
  2. anak aku cukup seronok..dia tahun satu...sekolah rendah..sb duit blanja aku tmbah sikit..dia kata along suka dpt duit bnyk..kalu blh nk mcm indonesia..p sekolah bawa juta juta.....nnt bawa duit biliun biliun..along kaya along kaya

    BalasPadam
  3. Okay.. kepala lutut dia...prOotT

    BalasPadam
  4. Dulu sekitar tahun 1993-1995 saya sering ulang alik ke Bandar Ho Chi Minh urusan kerja. Ketika itu nilai US$100 bersamaan 1juta Dong. Kami sering berlawak, makan malam (halal food) kami di hotel used to be in millions kerana nilai matawang Vietnam cukup rendah. Kini kerana kebijaksanaan Najib, situasi dah terbslik pulak. Nilai ringgit langsung tak dipandang dunia luar. Hingga nak berbelanja dgn ringgitpun dunia luar tak pandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha
      Lepas ni, meraung lagi puak2 Mak Enon menyondol2 abang Man.

      Teruskan berhujah bang, penyapu2 Najib ni mmg dilatih mencarut dan berbahasa kasar saja.
      Fakta hujah2 kelaut...ini semua budak2 baru nak idup.

      Padam