Isnin, 14 September 2015

Raya Haji Khamis 24 September..!


Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkannya pada malam Ahad.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 September 2015.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini. - Bernama
Layan...
HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by 
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.
Sekadar renungan...
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Tak perlu naik haji puluh kali sekiranya hati tak jujur. Sekali pun cukup kalau lakukan semua ibadah dgn betul dan ikhlas. Sentiasa ke tanah suci tapi sapu duit dan pecah belahkan rakyat, apa gunanya. Fikr-fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  2. Salam Putra Merdeka,

    Malangnya apa yang terjadi pada zaman sekarang adalah disebaliknya, dimana menunaikan fardhu haji (satu penyakit manusia sekarang ini asyik umrah yang dilakukan sekerap yang mungkin) yang dikatakan mahu menyahut rukum islam yang ke 5 bagi yang mampu bukan hanya dari segi wang dan kesihatan tapi punyai pedoman hidup yang berlandaskan iman, ilmu dan amal namun sekarang mengerja-tunaikan haji hanya semata untuk dipertunjukkan betapa mereka adalah orang yang "terpilih", dimana terlebih dahulu dicanang kepada satu dunia ( telah diingati bahawa setiap amal-ibadah itu jangan diperkata atau dipamerkan lansong) bahawa akan ke tanah suci kemudian krusus bagai dan sehinggalah ketika waktu disana segala tiap sudut hajinya ditunjukkan yang dimuatkan didalam instagram begitu semua boleh tahu dan teruja... bila pulang nanti gelaran haji atau hajjah itu pasti terletak sebelum namanya ! Ya ampun... mengapa terserong sampai sebegitu caranya... akhir dunia semakin menuju kearah kemusnahannya didalam kejahilan manusia itu sendiri karena imam-imam yang ada suaranya lemah tidak lagi kedengaran dan ahli-ahli agama hanya sebok menghalal dan mengharamkan terhadap sesiapa yang tidak disenangi, dan tanda petanda malapetaka telah nyata terjadi dimana negara kita sejak akhir-akhir ini ditimpa bencana ringan dan berat bertubi-tubi sebagai amaran dariNya... namun, yang lalai dan yang bodoh sombong masih tidak mahu mengaku... pabila solat ramai mengerjakannya secara express yaitu 2 menit kok sudah selesai maka itu keinsafan murni jauh untuk dicapai... Ikhlaslah pabila menunaikan apa sahaja suruhan dan tuntutanNya karena Allah Subhnahu Wa Ta'ala senantiasa mengasihi kita sekalian yang tidak meminta apa-apa pun dari kita selain dari memiliki sebuah keimanan yang kukuh tanpa hasutan hawa nafsu atau pengaruh dunia dari yang dimurkaiNya dengan sifat akhlak yang tidak tergugat... apakah matlamat hidup ini sebenarnya? yang hanya dipinjam buat sementara waktu, apakah sukar untuk mensejahterakan kehidupan kepada barang siapa yang didalam kesusahan & kesempitan hidup?, mengapa yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah papa kedana??? Ingatkan pada zaman yang serba serbinya maju, makmur dan kaya akan dapat menghapuskan jurang hidup diantara kaya dan miskin namun...

    Salam mesra.

    BalasPadam