Isnin, 18 Mei 2015

Ubahsuai Pesawat Untuk Mesyuarat..!


Kenyataan yang diharap dapat memuaskan nafsu semua orang ler..!

SHAH ALAM – Ubah suai yang dilakukan ke atas pesawat peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bertujuan untuk memudahkan urusan mesyuarat atau perbincangan yang berkemungkinan berlaku semasa penerbangan pesawat.

Najib menerusi tulisannya di NajibRazak.com berkata, pengubahsuaian ini juga memudahkan pemimpin melakukan tugasan dan kerja masing-masing sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

“Ubah suai bagi ruang pesawat dilakukan bagi memudahkan pemimpin mengadakan perjumpaan mesyuarat semasa dalam penerbangan.

“Ia merupakan satu perkara yang standard bagi membantu memudahkan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Menurutnya, penggunaan pesawat rasmi kerajaan menjadi satu amalan standard bagi kebanyakan pemimpin di dunia ini.

“Sudah menjadi amalan biasa bagi pemimpin di dunia untuk menggunakan pesawat rasmi yang bukanlah mewah, tetapi cukup sekadar memberikan kemudahan lengkap buat pemimpin dalam melaksanakan tugas mereka.

“Jadi tidak perlu timbul soal sama ada perlu atau tidak sesebuah negara atau kerajaan untuk memiliki jet rasmi,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyanggah kenyataan pihak pembangkang yang selama ini menyuarakan pelbagai dakwaan terhadap pembelian jet baharu oleh kerajaan.

“Jangan kita terpedaya dakwaan yang diperkatakan oleh pihak pembangkang. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah keperluan kerajaan untuk mengganti jet baharu dengan pesawat lama yang sudah berusia 16 tahun atas sebab-sebab keselamatan. Tambahan pula ia merupakan pesawat yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong; menyebabkan kami perlu mengambil kira segala faktor keselamatan sebagai kepentingan utama kami.

“Menyelenggarakan sebuah pesawat lama memakan kos yang sangat tinggi. Jadi kerajaan telah menjual semula pesawat tersebut dan dana yang diperoleh digunakan untuk menampung sebahagian daripada kos pembelian jet baharu,” jelasnya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Lemahnya Najib ambil masa terlalu lama untuk menjawab soalan?

    BalasPadam
  2. Kalau pesawat milik kerajaan dibeli untuk kegunaan kerajaan, kenapa delegasi pengubahsuaian yang dikatakan dilakukan di Indianapolis itu bukan dari orang kerajaan? Kenapa perlu interior design pesawat tu kena ikut 'taste' orang yang tak menegang apa-apa jawatan dalam kerajaan?
    Kenapakah bila ada MP bertanya di Parlimen siapakah yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan ketika ia singgah mendarat di Indianapolis walaupun PM pada ketika itu berada di tanah air untuk menguruskan mangsa banjir? Kenapakah pihak kerajaan enggan mendedahkan travel itinerary jet kerajaan yang terbang dan singgah ke serata dunia selepas itu sedangkan ia melibatkan wang rakyat setiap kali jet kerajaan terbang meninggalkan tanah air?

    BalasPadam
  3. Kalau semua benda nak tiru obama,baik bertanding jawatan president u.s terus!!!!!betul2 haram j punya p.m da.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang makan Mc D, KFC , cakap brader2, tengok filem hollywood, suka Harley Davidson ..tu bukan ikut American ke?

      Padam
  4. Benda lama kena ganti tak boleh pakai. Sama juga orang nyanyuk yang kesunyian perlu dibuang jika tidak dia bising merapu dan meroyan sasau.

    BalasPadam
  5. alahai kangkung mutu jawapan macam budak tadika

    asyik asyik tak beritahu rakyat sebab tak perlu

    tak pernah lihat pendekar bugis dan betina minang joget atas pentas

    macam celebrity konon ... rasa nak muntah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi hang itu jawapan tadika..bagi orang lain pula itu bukan jawapan tadika..jadi siapa yang betul? Mesti hang kata hang betul..orang lain pula kata depa yang betul..soalan chepu emas ialah siapa yang benar2 betul? Hang jawab sat..jangan pula hang kata Lim Kit Siang betul dah ler

      Padam
  6. Sampai ada bilik mesyuarat besar berapa ramai nak meeting dan berapa jam. Cukuplah ada sebuah meja untuk PM dan beberapa biji sofa utk mesyuarat informal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak..ada pula meshuarat informal..ko macam Mahput lulu's srp ke? Bila mesyuarat tu formal ngok eh..binchang2 pun selalu jadi formal..ini pula mesyuarat

      Padam
    2. Najib bukan Presiden Amerika yg terpaksa bermesuarat di udara bila berlaku krisis perang macam dalam cerita hollywood. Macam la tak boleh tunggu sampai mendarat dan bermesyuarat di Putrajaya atau dimana-mana hotel. Bukannya kabinet nak bermesyuarat di udara. Lagi pun kalau jatuh habis Malaysia tak ada menteri lagi. Bagus juga tu. Sapu bersih menteri2 cap ayam.

      Padam
  7. Anon 2:45... Bercakap macamlah tak pernah naik kapalterbang. Kau ingat kapalterbang ni besar bas express jer ker.. Atau besar charter flight Bang non. Come onlah... Adakalanya p.m pergi memana ada menyeri lain dan pegawai kerajaan lain. Punyalah bangang korang ni nak cari salah gomen...sampai nak letak meja mesyuarat pun korang jadikan isu. Lainlah kalau dalam tu penuh ngan bilik tidur mewah beb.... Kau nak kutuk atau kopak kapal terbang tu kau punya pasallah. Bodohlah bende remeh cegini nak jadi isu. Aku naik kapal terbang pun susah nak tido.... Kalau p.m tak nak tido dan lebih suka meeting fia punya pasallah..... Dia uruskan negara bersama menteri lain... Kau cuma urus rumah ker...tupun ntah2 takat bersih jamban ngan bilik air sebab yg lain bini kau dah buat.....

    BalasPadam