Khamis, 21 Mei 2015

1MDB ~ KJ Lebih Mengenali Jho Low Berbanding Jazlan?


Dalam kekalutan isu 1MDB dan permintaan Najib dua hari lalu yang mahukan semua pihak senyap mengunci mulut dan menunggu hasil siasatan...Seakan tidak mengendahkan arahan bosnya Khairi telah membangkitkan...

1MDB: PAC Perlu Siasat Jho Low - Khairy

Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Jho Low perlu disiasat di atas dakwaan penglibatan beliau dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno  berharap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dapat memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam prosiding 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya hormati keputusan PAC dan berpegang kepada kenyataan Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed iaitu "tiada keperluan buat masa ini", namun untuk penyelesaian menyeluruh saya masih berharap individu tersebut tetap akan dipanggil beri keterangan selepas ini," katanya.

Selepas memulakan prosiding pertama selama tiga jam ke atas tadbir urus  syarikat 1MDB pada Selasa, Nur Jazlan dalam sidang medianya selepas itu menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk PAC memanggil ahli perniagaan tersebut.
Seakan ada satu kepastian dari KJ..! 
Apa sebenarnya yang KJ tahu dan rakyat masih tidak mengetahuinya?
Kenapa beriya iya mahukan Jho Low kalau tiada kaitan? Pasti Jho Low menyimpan seribu satu jawapan..!
Apa pandangan Jazlan?
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Masakan tidak tahu kerana beliau sebelum ini merupakan p.m yang ke 5!!!!

    BalasPadam