Jumaat, 24 April 2015

Nasib 21 Pelajar Malaysia..!

  • Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU)Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU)

    •  1 / 1 
      KUALA LUMPUR - Seramai 21 pelajar Malaysia di Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU), Moscow terlibat dalam kebakaran asrama pelajar.

      Menurut Wisma Putra, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

      "Daripada jumlah 21 orang ini, tujuh pelajar masih menerima rawatan akibat keracunan karbon monoksid dan terbakar sementara yang lain menerima rawatan
      pesakit luar," kata kenyataan Wisma Putra hari ini.

      Nama tujuh pelajar tersebut ialah Mohannan Pattu, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar Raj, Chen Wei Jun, Naveen Anbalakan, Zainal Nastaiin dan
      Sharath Raj.

      Kedutaan Malaysia di Moscow melaporkan kebakaran berlaku pada pukul 11.30 malam tadi (zon masa Moscow).

      "Para pegawai kedutaan kita telah melawat pelajar berkenaan. Mereka sedang bekerjsama dengan pihak berkuasa universiti untuk memberi penempatan sementara
      kepada pelajar terbabit," kata Wisma Putra. - Bernama

      Mudah mudahan mereka semuanya selamat..!

      Amin

      Lu Fikir La Sendiri!!!

      1 ulasan:

      1. Dah bagi tahu tu xkan kena pikir lagi kot!!!???

        BalasPadam