Jumaat, 10 April 2015

Menteri Kena Cerdik Sikit..!


Berpolitik la tapi jangan sampai kelambu dibakar..! Tak pasal pasal pembangkang dapat modal..!

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan dakwaan bahawa kerusi majoriti Melayu diubah menjadi kerusi campuran ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata persempadanan semula diurus mengikut proses udang-undang dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kawasan mengundi bagi mana-mana individu.

"Sama ada ia gerrymandering (mengubah persempadanan kawasan pilihan raya untuk kepentingan sesebuah parti), itu hanyalah tanggapan pihak tertentu kerana ada proses maklum balas, pertanyaan, perjumpaan dan perbincangan dalam perlembagaan.

"SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kawasan pilihan raya seseorang pengundi kerana ia bergantung kepada alamat pada kad pengenalan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, di sini Jumaat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno semalam dilaporkan sebagai berkata Dr Mahathir membuat persempadanan semula berpunca daripada kemerosotan undi orang Melayu kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 1999.


Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Punyalah nak ampu.

    BalasPadam
  2. agro bazar bawah kementerian mana yer? baru ni pm rasmi kat kuantan. pi tengok harga barang kat kedai tu. ada yg murah dan banyak la yang mahal. patutnya kalu pm pi rasmi, harga barang murah belaka la kat situ. nampak sangat la ada ramai yang kelentong pm dan pasal pm blur macam menteri dia juga.

    BalasPadam