Selasa, 14 April 2015

1MDB ~ PAC Akan Audit Sendiri..!


Kita tunggu ler..!

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan proses pengauditannya sendiri terhadap urusniaga  1Malaysia Development Board (1MDB) tanpa menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara, kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Ia bergantung kepada skop Ketua Audit Negara, sama ada membabitkan urusniaga 1MDB di dalam atau luar negara. Jika pengauditan melibatkan transaksi luar negara, ia mungkin mengambil masa setahun untuk melengkapkannya dan ia memakan masa lama," katanya ketika dihubungi, Isnin.
Sehubungan itu, katanya, jika senarionya sedemikian, maka PAC akan memulakan proses pengauditannya sendiri.
Beliau berkata, langkah itu perlu kerana pelbagai pihak telah mempolitikkan isu berkenaan.
"Ia telah melibatkan politik dan sebagai jawatankuasa di peringkat parlimen, PAC mempunyai kuasa untuk memulakan auditnya sendiri," katanya.
Ditanya mengenai tempoh untuk PAC memulakan proses pengauditan itu, Nur Jazlan berkata, ia mungkin dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi.
"Jawatankuasa tidak berhasrat untuk memberi tekanan kepada Ketua Audit Negara bagi mempercepatkan proses audit mereka, tetapi jika ia mengambil masa yang terlalu lama, jadi kita perlu teruskan dengan audit sendiri," tambahnya.
Beliau berkata, langkah itu juga dapat menolak sebarang dakwaan bahawa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu dengan melambatkan proses pengauditan yang dijalankan Ketua Audit Negara.
"PAC sememangnya menantikan Ketua Audit Negara untuk melengkapkan proses pengauditan bagi membolehkan jawatankuasa meneliti hasilnya," katanya.
Pada 4 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB dan menyerahkan hasil penemuannya kepada PAC.
Pada 6 Mac pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ketua Audit Negara tidak sepatutnya mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalankan proses pengauditan akaun 1MDB dan pengarahnya perlu bertanggungjawab jika wujud kecuaian atau tindakan menggelapkan wang syarikat berkenaan.
Pihak Ketua Audit Negara mula menjalankan proses pengauditan pada 10 Mac apabila Tan Sri Ambrin Buang mengadakan mesyuarat bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Makan tahun ke.....kenyang lah Jho Lo tu mentekedarah duit rakyat.....

    BalasPadam
  2. Usaha yang bagus.....

    BalasPadam
  3. Macam kes2 lain ler nampaknyer.

    BalasPadam
  4. 1. Ketua Audit Negara cakap pada 10hb Mac tentang bermulanya audit 1MDB. Dah sebulan audit skop belum keluar lagi, bayangkan berapa lama field work akan dijalankan.

    2. Dah tahu duit atau setengah urusan dijalankan di Cayman dan baru baru di umumkan duit yang dibawa pulang di luar negeri dia orang park kat Singapore so dah tentu melibatkan siasatan kat luar negeri. Kalau setakat pi ambil statement kat 1MDB office di Kuala Lumpur baik tak payah audit. Tun M dan Tun Daim dah kata need forensic audit.

    Nurjazlan oh Nurjazlan.

    BalasPadam